Wednesday, May 16, 2012

Kajian kes:Punca masyarakat kurang terlibat dengan simpanan emas

Antara pandangan orang ramai:
-Ramai individu  yang mula-mula menjinakkan diri dalam pelaburan emas bersikap tidak sabar dalam mengaut keuntungan. Mereka tidak seharusnya bersikap sebegini rupa kerana setiap pelaburan atau perniagaan tidak akan mendapat keuntungan dalam sekelip mata.
-Mungkin juga mempengaruhi soal keselamatan. Lebih ramai yang senang dengan membawa wang kertas atau kad ATM daripada membawa emas. Tetapi sebenarnya masih ramai individu yang tidak didedahkan dengan perbezaan untung/rugi antara simpanan wang kertas atau emas.
-Faktor seterusnya adalah,pihak kerajaan sendiri tidak meyuntik semangat atau idea penyimpanan emas kepada masyarakat.Kempen dan seminar,baik di internet atau tempat awam dapat menyedarkan ramai orang tentang pentingnya emas pada masa sekarang dan juga masa untuk depan.

- Selain itu, penyebab masyarakat di Malaysia kurang terlibat dalam pelaburan emas ialah kurangnya pengetahuan orang ramai tentang sejarah emas,wang kertas, kenapa harga emas naik/turun, dan sebab emas adalah nilai pelaburan yang akan selalu bernilai di masa hadapan.
-Tidak dinafikan juga, ramai orang yang membeli emas hanya sebagai hiasan semata-mata atau hadiah kepada orang lain. Apa yang perlu dilakukan adalah menukarkan fikiran sebegini kepada pelaburan.
-Sikap sesetengah individu yang susah untuk menerima sesuatu yang baru dan suka mendengar spekulasi yang tidak berasas dan kurang sifat ingin tahu. Ia mengambil masa untuk menyemai pelaburan baru ini di sini.

-Ada juga yang berpendapat bahawa ramai orang seperti disihirkan (bermaksud mata melihat, tapi hati dipejam). Sihir yang dikatakan adalah bermaksud “sihir” ini ditiupkan menyebabkan orang ramai nampak wang kertas yang dicetak 3-6 sen sekeping oleh kerajaan itu berharga daripada nilai yang ada pada emas.
- Juga,kalau dilihat dari segi dasar kerajaan,perbandingan antara dasar China dan Malaysia dalam menggalakkan rakyat memiliki dan menyimpan emas. Jikalau kerajaan Malaysia memainkan peranan sebagaimana kerajaan China,dasar buta huruf dalam pelaburan emas ini boleh dikecilkan skalanya.

-Bukan setakat simpanan dan pelaburan emas sahaja masyarakat kita terutamanya bangsa melayu agak ketinggalan.Secara umum.. Masyarakat kita agak ketinggalan apabila ia melibatkan “simpanan”.. Baik dari segi simpanan kertas tandas.. Apatah lagi simpanan emas.. Jauh sekali tentang pelaburan… Masyarakat kita juga mudah terpengaruh dengan sentimen.. Contohnya.. Apabila ramai org mengatakan sesuatu produk itu baik dan memberi pulangan yg kononya baik.. Maka, berduyun2 lah masyarakat kita menyertainya.. Masyarakat kita lebih memntingkan isu sentimen berbanding fakta sebenar.. Ini kita dapat perhatikan dengan pelbagai skim yg disertai oleh ramai org.. Ditambah dengan penyakit ingin mendapat pulangan cepat.. Akibat masyarakat kita yang takut utk mengambil risiko juga menyebabkan mereka terlepas peluang menikmati keuntungan sebenar.. Dan rata rata pula, mereka mula menyimpan atau melabur pd saat pasaran berada pd tahap tinggi.. Ini disebabkan sikap suka tunggu dan lihat yg akhirnya menyebabkan mereka masuk pasaran pada waktu yg tidak sesuai.

Harga emas menjunam

Minggu ni harga emas menjunam lagi. Berita baik buat pelabur emas, ini lah masa yang sangat sesuai untuk beli emas. Nak tunggu turun lagi?? boleh.. tapi tak jamin la akan turun lagi sekarang harga global USD 1561 1 oz. Support pivot sekarang ni adalah USD 1560. Kalau lah harga dia akan turun lagi melepasi USD 1560, dijangka harganya akan turun pada takat paling rendah pun USD 1520. Andai kata tak lepas USD 1560, maka ia akan naik hingga USD 1665. Ini cuma jangkaan berdasarkan sejarah dah kekuatan logam emas.



Perhatikan gambar di atas, garisan hijau adalah indicator menunjukkan harga emas. Macam mana dia turun, macam tu jugaklah dia akan naik. Jadi jangan tunggu lama-lama lagi kalau nak beli emas. beli dari sekarang. Harga sekarang dah sangat murah. Kalau tak bertindak sekarang nanti akan melopong sendiri.. . mana tau ini adalah penurunan yang terakhir sebelum harga emas akan terus melonjak hingga ke rahao maksimum USD 1975.

Tuesday, January 17, 2012

Emas dijangka cecah RM503 satu gram menjelang 2020

2012/01/17

STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India.

Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.

Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi.

“Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam.

Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing.

Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS.

Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai.
Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram.

Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global.

Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu.

Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung.

"Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu.

Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan.

Beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini.

Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang kukuh.

Sumber berita harian.

Monday, December 19, 2011

Pergerakan Pelaburan Emas Setakat Ini

Ekonomi eropah mungkin dalam keadaan genting sekarang, tetapi kami tidak pasti pula apa kesannya kepada Malaysia. Dalam Jobstreet hari ini, diterangkan ramai pelabur menjual aset emas mereka khamis lalu untuk mengimbangi kerugian dalam ekuiti dan bon. Ini membuktikan emas sebagai penyelamat aset kerana jika pelaburan emas merugikan pelabur, mereka seharusnya menjual ekuiti untuk menampung kerugian emas bukannya menjual emas untuk menampung ekuiti.
Khamis lalu, berlaku penjualan emas dengan kuantiti yang besar di beberapa pasaran eropah dan india. menyebabkan lambakan emas di pasaran. Apabila wujud lambakan emas di pasaran maka harga emas jatuh. kami anggap anda faham bahawa emas bukannya komoditi yang dibeli untuk diindustrikan seperti besi, timah, getah atau aluminium. Emas yang dibeli kebanyakannya disimpan dalam bentuk asal samada jongkong, barang kemas atau syiling. Jadi tiada kilang, meminta emas untuk diproses menjadi tin ataupun DRB-HICOM membeli emas untuk bodi khas kereta proton tuah yang bakal dipasarkan awal tahun hadapan. no DEMAND….
Sentimen “wait & see” memainkan peranan utama ketika ini, ramai trader sedang menganalisa kemampuan emas untuk naik lebih tinggi sebelum kembali ke pasaran emas. Bagaimanapun, ketika ini, harga emas sedang menokok perlahan naik beberapa points pada hari sabtu. -Sedikit berita positif untuk kami-
Update: Index emas CHL pada khamis lalu menjunam sehingga 5995 (rekod kami) tetapi kembali naik 6235 ketika artikel ini ditulis.
Update silver: silver tidak berbeza dengan emas, harga silver juga mengalami kejatuhan pada pergerakan yang hampir sama.
Beberapa analisa pergerakan harga emas dari trader forex.
clearly whut?  paling minimum harga emas untuk kekal berada dalam bullish trend sepatutnya berada didalam bulatan merah, tetapi harga emas telah jatuh lebih dari paras tersebut, bermaksud trend bullish emas 2011 telahpun berkecai, bagaimanapun harga emas tidak lebih murah dari akhir september 2011. (bullish trending bermaksud dalam keadaan menaik, bearish trending bermaksud dalam keadaan menurun)
Okey kita undur sedikit lagi masa kebelakang kerana trend harga emas tidak boleh dikira dalam tempoh setahun sahaja, kita ke titik lebih rendah pada akhir 2008.
See.. trend emas masih berada pada bullish trending, untuk tempoh masa 3 tahun. (akhir 2008-akhir 2011). Jadi, berapa lama harus kita tunggu untuk harga emas dapat kembali kepada harga semasa? Okey kita undur sedikit lagi masa untuk melihat sejarah.
Pada awal 2008, harga emas turut mengalami penurunan, malah lebih teruk berbanding sekarang, 34% drop, mengambil masa 3 bulan untuk kembali kepada paras semasa, jadi jika hari ini emas turun 18%, maka emas akan mengambil masa sekitar 1 1/2 bulan untuk kembali ke landasan asal. The most luckiest man, is who look on this graph and think about the opportunity.

Wednesday, May 11, 2011

Harga Emas Melonjak Naik & Lapan Sebab Kenapa Kita Perlu Memilih Emas?

Harga Emas Melonjak Naik

LONDON - Harga emas melonjak naik ke tahap tertinggi melebihi USD1,470 (RM4,445) bagi setiap auns (31.10gram) manakala harga perak pula mencecah USD40 (RM120.96) ketika para pelabur mula mencari jalan selamat berikutan kebimbangan faktor dolar yang lemah, inflasi tinggi, kekacauan di Asia Barat dan hutang di negara zon Eropah.















Harga komoditi berharga itu mencecah USD1,473.07 (RM4,454.56) bagi setiap auns di pasaran London Bullion, meneruskan lagi peningkatan harga pada minggu ini.

Pada masa yang sama, harga perak mencatat rekod tertinggi dalam tempoh 31 tahun dengan harga USD40.27 (RM121.77) setiap auns.

"Kenaikan harga material berharga itu didorong oleh dolar AS yang lemah dan risiko inflasi. Sebahagiannya disebabkan oleh harga minyak yang tinggi", jelas penganalisis Commerzbank dalam satu nota penyelidikan kepada para pelanggannya.

Emas yang menjadi penarik utama kepada pelabur dan pembeli barang kemas disifatkan sebagai pelaburan terbaik ketika ketidaktentuan ekonomi serta politik sekarang.

Ia juga memperoleh sokongan padu pada minggu ini apabila Portugal yang dibelenggu hutang, menghantar satu permohonan rasmi pinjaman berjumlah berbillion dolar kepada Kesatuan Eroph (EU). - AFP

Petikan KOSMO 9 April 2011

LAPAN SEBAB MENGAPA KITA PERLU BERALIH KEPADA EMAS


EMAS
Tiada susutnilai dan inflasi. Pada zaman Nabi S.A.W., harga seekor kambing adalah 1 dinar. Pada zaman sekarang pun masih 1 dinar seekor. Sedinar sekarang adalah lebih kurang RM660.00. (1 Dinar = 4.25gm).
WANG KERTAS
Setiap hari susutnilai. Satu ketika dahulu contohnya, matawang Indonesia tidaklah seperti sekarang di mana 100,000 rupiah = RM35.00. Dulu nilainya lebih tinggi.

EMAS
Bernilai kerana ia mempunyai nilai tersendiri.
WANG KERTAS
Dipernilai kerana ia kertas yang dicop sahaja.

EMAS
Laku di seluruh dunia pada setiap masa. Kebanyakan orang yang berhijrah ke Malaysia kini kaya raya di Kelantan kerana membawa dan menggadaikan emas untuk dijadikan modal perniagaan. Bayangkan jika mereka hanya bawa duit kertas negara mereka pada ketika itu, pasti tidak laku. Seperti duit jepun semasa di Malaya dulu.
WANG KERTAS
Laku pada waktu aman sahaja. Contoh mata wang Iraq, selepas kejatuhan Saddam, wang kertas negara tersebut terus tiada nilai.


EMAS
Pelaburan paling terjamin dan menguntungkan. Kos nak pergi haji tahun 2002 ialah 68 dinar tapi pada tahun 2010 hanya perlu 19 dinar sahaja. Jadi tidak perlu tambah duit dan dapat pergi haji lebih kerap.
WANG KERTAS
Kalau kita menabung di Tabung Haji dalam bentuk duit, sudah tentu kita perlu tambah lagi wang kita, walaupun itu kali pertama untuk menunaikan haji.

EMAS
Kebanyakan ilmuan ekonomi adalah penyimpan dinar. Mereka tahu tentang tipudaya wang kertas ini.
WANG KERTAS
Disimpan oleh rakyat. Beratur di bank sebulan sekali nak simpan duit RM100.00 - RM200.00. Jangan malukan diri kita lagi.

EMAS
Negara China adalah penyimpan emas terbanyak dunia. Untung bisnes semua beli emas.

WANG KERTAS
Amerika negara pencetak wang kertas terbanyak dunia tanpa sandaran emas. Hanya cetak dan beli minyak dari Arab, beli alat pertahanan tapi sekarang, semua sudah tahu tembelang Amerika, cetak duit kertas tanpa emas. Dijangkakan matawangnya akan terus terjejas.

EMAS
Peningkatan purata 11% setahun tanpa susutnilai. Rujuk www.kitco.com
WANG KERTAS
Susutnilai setahun 37%. Bonus ASB baru 7% setahun, rugi 30%. Tapi ramai tidak tahu, yang kita nampak kertas kita makin banyak.

EMAS
Sukar untuk memanupulasikan harga kerana ia memang berharga.
WANG KERTAS
Alat paling bahaya kerana penyangak matawang sentiasa ada. Tak takutkah kita jika RM100,000.00 kita di bank dibuang 3 kosong dibelakang menjadikan duit kita menjadi RM100.00 saja! Tidak mustahil kerana kertas semata-mata, ia hanya diperhargakan.

Monday, February 14, 2011

Ar-Rahnu

Ada beberapa institusi Ar-Rahnu di Malaysia, antaranya perkhidmatan dari Agro Bank,





Ar-Rahnu akan menilai harga emas semasa mengikut harga yang dikeluarkan oleh HQ mereka.

Setiap nilaian emas yang digadai akan dikenakan upah dengan nisbah RM100: RM 0.70 setiap bulan selama enam bulan.
Bermakna jika emas bernilai RM 1000 maka upah simpannya dalam sebulan adalah RM 7.00.

Ar-Rahnu akan memberi pinjaman 70% daripada harga emas semasa. Bermaksud pemajak akan memperoleh pinjaman RM 700.00 sahaja.

Selama tempoh enam bulan, penggadai haruslah melangsaikan hutang sebanyak RM7 (Upah Simpan)x 6 bulan = RM 42.00 berserta duit pinjaman RM 700.00 tadi.

Sekiranya masih tak mampu melangsaikan hutang maka bolehlah menyambung simpan di Ar-Rahnu lanjutan 3 bulan lagi dengan kadar upah yang sama(tanpa kiraan semula harga emas semasa) dengan melangsaikan upah simpan 6 bulan yang terdahulu, iaitu RM 42.00

Secara peribadi, kalau terdesak maka bolehlah menggadai emas ini. Tapi harus diingat komitmen yang harus kita bayar kepada Ar-Rahnu atau emas kita akan dilelong. Jikalau kita seorang usahawan yang memerlukan modal perniagaan maka mungkin gadaian boleh membantu.

Teringat sewaktu di Kelantan, patutlah makcik2 yang berniaga disana banyak emas diseluruh badan, untuk simpanan dan buat modal berniaga agaknya..... 






Wednesday, January 12, 2011

BAGAIMANA NAK UNTUNG MEMEGANG EMAS DENGAN MENJUAL KEUNTUNGAN SAHAJA..?




Salam kilauan emas buat semua,

Disini saya berikan contoh kiraan bagaimana kita mahu menikmati keuntungan emas dgn menjual keuntungan melalui menjual fizikal emas ditangan.

Pemegang emas fizikal boleh menjual sebahagian emas ditangan utk menikmati untung.

Sila rujuk jadual di atas.

Katakan, anda membeli jongkong emas pulic gold 20gram pada 23/08/2009 sebanyak 10 unit.
(RM 2276 X 10 = RM 22,760)

Kemudian pada 12/01/2011, anda hendak menikmati untung kenaikan emas. Harga semasa pada tarikh ini ialah RM 2,968.
(Jika kita hendak jual, syarikat akan kira pada harga WEE BUY).
(RM2,968 X 10 = 29,680)

Maka, keuntungannya ialah RM 29680 - 22,760 = RM 6,920.
Kita boleH jual keuntungan kita sahaja. RM 6,920/2276 = 3.04 unit gold bar.
Jadi anda boleh jual 3 unit gold bar 20g.
(Keuntungan kenaikan nilai emas selama 1  tahun ialah 30%)

Sangat menguntungkan berbanding ASB. (ASB 8% setahun)

Fikir-fikirkan.

Hubungi saya untuk mendapatkan penjelasan tentang pelaburan emas fizikal ini.
IZZUDIN 019-7445856 / 010-7100949.

Terima kasih.