Saturday, November 6, 2010

‘Dolar seperti tisu tandas’– Dr. M


KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penggunaan dinar emas perlu dipertimbangkan oleh semua kerajaan negara dunia kerana kestabilan nilainya berbanding penggunaan mata wang yang tidak menentu naik turunnya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang

Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98 dan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.

“Mata wang AS kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, dinar emas tidak sesuai untuk digunakan dalam urus niaga runcit seperti mana hasrat Kerajaan Kelantan yang mahu menggunakan dinar emas dalam transaksi jual beli.

Mengulas lanjut kata beliau, penyusutan nilai dolar AS pada ketika ini menjadi satu masalah yang cukup besar kepada negara-negara yang menyimpan dan bergantung kepada nilai mata wang itu.

“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, pasti akan ada perang mata wang dan sudah tentu, menyumbang kepada krisis,” katanya.

Beliau tetap berpegang bahawa emas mempunyai nilai kukuh dan merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang.

“Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” kata Dr. Mahathir.

Terdahulu dalam ucaptamanya, negara-negara Islam mesti membangunkan pengurusan sistem kewangan Islam yang berhemat. Ia mesti lebih baik berbanding sistem kewangan konvensional sedia ada, yang mampu menampung kejutan dan tidak dimanipulasi penyangak.

Dengan peserta industri mencari jalan untuk mencergaskan kewangan, sistem kewangan global sendiri amat memerlukan pengurusan yang sempurna, katanya.

“Saya jangka kewangan Islam akan berkembang, tetapi cabarannya ialah pengurusan berhemat dan sistem yang lebih baik. Jangan ikut sistem konvensional yang berurusan dalam segala bidang,” katanya.

Antara gesaan beliau kepada negara Islam ialah menggunakan dinar emas sebagai alternatif, bagi mengurangkan pergantungan terhadap dolar AS sebagai mata wang global untuk perdagangan.

petikan dari utusan malaysia

Keuntungan Agen PublicGold


Salam semua.

Keuntungan Agen PublicGold.

1.Anda akan dapat komisyen jualan 1.5-2%
Contoh - Anda beli 1 ketul jongkong 20Gram,Harga Semasa RM3037.Komisyen anda ialah RM3037 X 1.5% = RM45

2.Anda juga akan dapat keuntungan belian balik 5-6%
Contoh -

Harga belian balik ialah jika rakan anda ingin jual balik emas kepada anda.Anda beli emas rakan anda dengan harga We Buy mengikut harga semasa di atas.Kemudian anda jual semula kepada rakan lain dengan harga We Sell.Inilah yang dinamakan untung belian balik 5-6%.

3.Anda juga boleh menjana keuntungan walau tidak menjual emas.
Contoh - Mudah saja,iaitu harga emas memang sudah diketahui sejak dahulu harganya sentiasa naik.Oleh itu dari kenaikan harga emas walau anda tidak menjual sekalipun anda boleh jana untung.

4.Anda membuat untung lebih dari harga rendah.
Contoh - Anda selalu memerhatikan carta naik turun harga emas.Apabila anda lihat trend emas membuat penurunan harga ,anda beli banyak stok emas.Kemudian dengan stok tadi anda jual semula kepada rakan2 apabila harga sudah tinggi.(Capital Gain)

5.Anda membuat untung dengan cara Gadaian.
Contoh - Ketika harga emas membuat penurunan,anda gadai emas anda.Wang hasil gadaian tadi anda beli stok emas baru dan simpan.Apabila trend emas kembali naik ,anda boleh jual semula pada rakan2 anda emas tadi untuk meraih keuntungan.

Sekian.Selamat Mencuba