Thursday, December 30, 2010

Artikal Pelaburan Emas dalam Harian Metro 6/12/2010

Pelaburan emas
PETALING JAYA: Public Fine Gold international Sdn Bhd (Public Gold), memberi pilihan kepada orang ramai untuk membuat pelaburan dengan menggunakan emas sebagai aset pelaburan masa kini, sekali gus menjamin pulangan lebih tinggi pada masa depan.
Pengarahnya Dr Umar Ibrahim Vadillo, berkata, emas lebih baik daripada mata wang dan disebabkan itulah nilainya sentiasa bertambah.
Menurutnya, pelaburan dinar emas yang diketengahkan pihaknya adalah sebagai pengganti kepada pelaburan dalam bentuk mata wang masa kini yang tidak bersifat stabil dan bergantung kepada kedudukan ekonomi dunia.
Katanya, Public Gold menawarkan emas fizikal dalam bentuk jongkong dan syiling emas dengan kadar ketulenan 999.9 peratus selain dinar emas 916 yang boleh dijual mengikut harga emas antarabangsa.
“Kami bukan berhasrat untuk menggantikan penggunaan wang tunai sebagai pelaburan dengan dinar emas, sebaliknya adalah dengan memberi pilihan kepada orang ramai untuk melabur.
“Pelaburan dalam bentuk aliran wang mempunyai kelemahan kerana ia bergantung kepada nilainya yang kadangkala menyusut dan kadangkala meningkat,” katanya dalam sidang akhbar pada Seminar Keadilan Kewangan: Anda, Emas dan Dinar, di Petaling Jaya, kelmarin.
Hadir sama Pengerusi Eksekutif Public Gold, Louis Ng.
Umar yang juga Pengerusi Persatuan Dagangan Dunia Islam berkata, emas sudah lama digunakan masyarakat terdahulu dan dalam menghadapi krisis ekonomi, pelaburan dalam bentuk emas mampu menjamin masa depan seseorang itu.
“Di masa depan, kita tidak tahu apa yang berlaku terhadap nilai mata wang yang kita miliki kerana jika kita melabur dalam jumlah yang banyak sekalipun, jika nilainya jatuh, maka itu bermakna kita akan rugi,” katanya.
“Ini tidak berlaku kepada emas kerana kesan perang sekalipun tidak akan menyusutkan nilainya yang mempunyai permintaan di seluruh dunia,” katanya.
Sementara itu, dalam Seminar Keadilan Kewangan: Anda, Emas dan Dinar yang diadakan kelmarin, sebanyak tiga panel penceramah diundang membabitkan Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Hassanuddeen Abdul Aziz, Pengurus public Dina Sdn Bhd, Syukor Hashim dan Prof Madya Dr Mohamad Hakimi Ibrahim.
Seminar yang dihadiri kira-kira 300 peserta itu membentangkan kepentingan pelaburan dalam bentuk emas selain peranannya menghadapi krisis ekonomi dunia Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai pelaburan dinar emas boleh melayari laman web www.publicjewellery.com.my atau dengan mengunjungi Public Fine Gold International Sdn Bhd, di 12E Ground Floor, Jalan Rumbia 11900 Bukit Jambul, Pulau Pinang atau menghubungi 04-6449999 mana-mana cawangan yang berdekatan

Sunday, December 19, 2010

REBUT PELUANG JADI AGENT DGN MODAL RM20K.

Salam buat pembaca,
Alhamdulillah pelaburan emas dengan memegang emas fizikal jongkong dan dinar emas public gold (PG) sgt menguntungkan. Begitu juga dgn agen2 PG pasti tersenyum puas menjalankan urusniaga jual beli yg amat mudah dan selamat.
Untuk makluman buat semua, modal utk menjadi agen PG tahun hadapan adalah RM 100K. Promosi akan berakhir bulan ini dimana modal agen hanya RM20K dgn pbelian dlm satu resit. Anda masih berpeluang menjadi agen melalui skim bayaran ansuran 4 bulan yg disediakan oleh PG.Sgt mudah.
Rebut peluang ini dan dapatkan tajaan drp AGEN PENAJA yg bpengalaman.
Sebarang pertanyaan dan masalah, boleh hubungi saya di talian 019-7445856.
Terima kasih.

Simpan 1 Dinar Sebulan



Salam Dan Selamat Sejahtera.

1. Tahun 2011 akan tiba tidak lama lagi.Sudahkah anda mempunyai azam baru?.Jika belum,disini saya cadangkan untuk meyimpan emas 1 dinar sebulan.

2. Marilah bersama-sama tanamkan sifat suka menabung.Menabung dalam bentuk emas 1 dinar banyak kelebihannya.

3. Katakan anda dapat simpan 1 dinar emas sebulan,selepas setahun iaitu 12 bulan,anda telah ada 12 dinar emas...agak-agak berapa nilai emas 12 dinar itu?.Emas ni memberikan kenaikan 20% setahun.

4. Kenapa perlu menabung dalam bentuk emas fizikal?.Mudah saja,Jika anda simpan wang fiat RM600 sebulan ,selepas setahun anda cuma ada RM7200.

5. Anda kena buat kira-kira sedikit untuk dapat lebih kepuasan berkenaan perbezaan nilai,diantara menabung dalam emas dan wang fiat.

Sekian dari penulis.

Dr. Mahathir Galak Rakyat Simpan Emas

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan orang ramai supaya menyimpan emas berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.
Menurutnya, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di dalam sesebuah negara.
"Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia.
"Simpanan emas lebih terjamin kerana fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pelancaran Produk Emas Genneva Malaysia berkonsepkan syariah di sini, kelmarin.
Produk emas Genneva Malaysia dihasilkan dalam bentuk jongkong oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi (MSAF) dan Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia (GBEAM) yang dikeluarkan memenuhi keperluan Syariah.
MSAF dan GBEAM menyasarkan syarikat swasta dan orang ramai untuk mendapatkan produk berkenaan sebagai urusan dalam pelbagai transaksi terutamanya jualan dan belian.
Dr. Mahathir berkata, suatu ketika dahulu, satu auns emas bernilai AS$30 (RM109.79) tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira AS$1,400 (RM4,390.40).
Beliau berkata, perbezaan antara menyimpan emas fizikal dan emas yang siap diproses (barang kemas, syiling emas) adalah dari sudut keuntungan.

Sumber-Utusan malaysia

Ketulenan Emas Keluaran Public Gold

Salam Semua,

Mari kita sama-sama lihat adakah Emas Keluaran PublicGold benar-benar mempunyai ketulenan yang sebenarnya.Di bawah ini saya paparkan bagaimana Saudara Faez sendiri menguji Emas keluaran PublicGold menggunakan mesin densimeter.Baca Cerita En Faez

1-Pada 11/11/10 saya sendiri telah menguji ketulinan dan berat gram sebenar 20g Goldbar menggunakan mesin densimeter di Pejabat Publicgold cawangan Johor.Sila lihat gambar di bawah.


2-Emas yang diuji telah menunjukkan bacaan ketulenan 24K = 999.9%


3-Ketetapan berat gram adalah sama seperti ketetapan berikut


4-Rumusan dari pengalaman En.Faez ini,jelas terbukti Emas keluaran PublicGold memang berkualiti dan tidak perlu lagi ragu-ragu untuk memilikinya.

Sekian.

Saturday, November 6, 2010

‘Dolar seperti tisu tandas’– Dr. M


KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penggunaan dinar emas perlu dipertimbangkan oleh semua kerajaan negara dunia kerana kestabilan nilainya berbanding penggunaan mata wang yang tidak menentu naik turunnya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang

Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98 dan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.

“Mata wang AS kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, dinar emas tidak sesuai untuk digunakan dalam urus niaga runcit seperti mana hasrat Kerajaan Kelantan yang mahu menggunakan dinar emas dalam transaksi jual beli.

Mengulas lanjut kata beliau, penyusutan nilai dolar AS pada ketika ini menjadi satu masalah yang cukup besar kepada negara-negara yang menyimpan dan bergantung kepada nilai mata wang itu.

“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, pasti akan ada perang mata wang dan sudah tentu, menyumbang kepada krisis,” katanya.

Beliau tetap berpegang bahawa emas mempunyai nilai kukuh dan merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang.

“Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” kata Dr. Mahathir.

Terdahulu dalam ucaptamanya, negara-negara Islam mesti membangunkan pengurusan sistem kewangan Islam yang berhemat. Ia mesti lebih baik berbanding sistem kewangan konvensional sedia ada, yang mampu menampung kejutan dan tidak dimanipulasi penyangak.

Dengan peserta industri mencari jalan untuk mencergaskan kewangan, sistem kewangan global sendiri amat memerlukan pengurusan yang sempurna, katanya.

“Saya jangka kewangan Islam akan berkembang, tetapi cabarannya ialah pengurusan berhemat dan sistem yang lebih baik. Jangan ikut sistem konvensional yang berurusan dalam segala bidang,” katanya.

Antara gesaan beliau kepada negara Islam ialah menggunakan dinar emas sebagai alternatif, bagi mengurangkan pergantungan terhadap dolar AS sebagai mata wang global untuk perdagangan.

petikan dari utusan malaysia

Keuntungan Agen PublicGold


Salam semua.

Keuntungan Agen PublicGold.

1.Anda akan dapat komisyen jualan 1.5-2%
Contoh - Anda beli 1 ketul jongkong 20Gram,Harga Semasa RM3037.Komisyen anda ialah RM3037 X 1.5% = RM45

2.Anda juga akan dapat keuntungan belian balik 5-6%
Contoh -

Harga belian balik ialah jika rakan anda ingin jual balik emas kepada anda.Anda beli emas rakan anda dengan harga We Buy mengikut harga semasa di atas.Kemudian anda jual semula kepada rakan lain dengan harga We Sell.Inilah yang dinamakan untung belian balik 5-6%.

3.Anda juga boleh menjana keuntungan walau tidak menjual emas.
Contoh - Mudah saja,iaitu harga emas memang sudah diketahui sejak dahulu harganya sentiasa naik.Oleh itu dari kenaikan harga emas walau anda tidak menjual sekalipun anda boleh jana untung.

4.Anda membuat untung lebih dari harga rendah.
Contoh - Anda selalu memerhatikan carta naik turun harga emas.Apabila anda lihat trend emas membuat penurunan harga ,anda beli banyak stok emas.Kemudian dengan stok tadi anda jual semula kepada rakan2 apabila harga sudah tinggi.(Capital Gain)

5.Anda membuat untung dengan cara Gadaian.
Contoh - Ketika harga emas membuat penurunan,anda gadai emas anda.Wang hasil gadaian tadi anda beli stok emas baru dan simpan.Apabila trend emas kembali naik ,anda boleh jual semula pada rakan2 anda emas tadi untuk meraih keuntungan.

Sekian.Selamat Mencuba

Wednesday, October 27, 2010

Bagaimana Nak Bermula

Karungemas999 amat mengalu-alukan kesudian tuan / puan untuk menyertai rangkaian kami. Berikut ialah panduan untuk tuan / puan yang ingin menjadi sebahagian daripada keluarga kami.InsyaAllah kami akan membantu tuan / puan untuk sama-sama maju.
Bagaimana menyertai rangkaian Karungemas999.

AGEN :
Berikut ialah kaedah menjadi agen kami:

Kaedah Pertama ( Cepat ) :
1. Anda perlu menyediakan modal mengikut nilai harga emas semasa bagi membeli item-item berikut:
• 1 x 20gm Gold Bar (Harga emas semasa).
• 1 x 50gm Gold Bar (Harga emas semasa).
• 1 x 50gm Gold Coin (Harga emas semasa).
• 1 x 100gm Gold Bar (Harga emas semasa).
• 1 x 1 dinar (Harga emas semasa).
• 1 x 5 dinar (Harga emas semasa).
• 1 x 10 dinar (Harga emas semasa).
• 1 x kotak menyimpan emas (RM150).
• 1 x t-shirt Public Gold (RM30).
• 1 x DVD korporat Public Gold (RM30).
• 1 x buku korporat Public Gold (RM30).
1. Isi borang berikut Borang Pendaftaran Pengedar.
2. Fax borang tersebut bersama salinan kad pengenalan ke 04-6464916 (u.p: Cik Li Ching) atau Emel to liching@publicgold.com.my dan cc izzu6099@yahoo.com.
3. Maklum pada saya melalui 019-7445856 / izzu6099@yahoo.com
4. Tunggu sehingga terima sales order.
5. Buat pembayaran.

Kaedah Kedua ( Lambat ) :
1. Anda boleh membuat pembelian terkumpul.
2. Setelah pembelian anda mencapai nilai modal semasa, anda akan didaftarkan sebagai agen rangkaian kami.
• Isi borang berikut Borang Pelanggan.
• Fax borang tersebut bersama salinan kad pengenalan ke 04-6464916 (u.p: Cik Li Ching) atau emel ke liching@publicgold.com.my dan cc izzu6099@yahoo.com
• Maklum pada saya melalui 019-7445856 / izzu6099@yahoo.com

PELANGGAN / PEMBELI / PROMOTER
1. Daftar sebagai pelanggan / pembeli / promoter Public Gold rangkaian karungemas999.
• Isi borang berikut Borang Pelanggan.
• Fax borang tersebut bersama salinan kad pengenalan ke 04-6464916 (u.p: Cik Li Ching) atau emel to liching@publicgold.com.my dan cc izzu6099@yahoo.com
• Maklum pada saya melalui 019-7445856 / izzu6099@yahoo.com
1. Anda akan didaftar sebagai agen Public Gold rangkaian karungemas999 apabila pembelian anda telah mencapai nilai modal semasa agen Public Gold.

Saturday, October 23, 2010

Video Pelaburan Emas

Public Gold di Harian Metro

Assalamualaikum

Nampak nya emas Public Gold ni semakin tersebar..soklan2 yang saya terima bukan saja dari kawasan Utara Semenanjung tapi entah dari setiap pelusuk malaysia dan juga luar negara :)
Tapi diorang tu Orang Malaysia la..hehhe cuma dok kerja kat sana..
Apa2 pun saya nak ucap terima kasih sangat2 kerana terus memberi sokongan kepada saya dan blog ini..
Jadi, soalan2 dari anda semua memang sangat saya hargai..sebab dengan soalan2 dari anda dan komen2 dari anda la yang membolehkan saya menambahkbaikkan isi kandungan blog ini. Jadi, jangan malu2 nak tanya..tanya ja soklan apa pon berkaitan emas..insyaAllah saya akan menjawab soalan dari anda secepat mungkin.

antara soalan2 nya lebih kurang macam ni la..



  • “En Din, kalau beli emas Public Gold ni boleh untung tak?”



  • “Din, brapa harga minimum untuk beli emas Public gold??”



  • “Din, harga emas 1 dinar sekarang berapa?”



  • “Din, kalau beli emas nak jual setiap hujung bulan ok tak??”



  • “Brapa harga untuk jadi agen sekarang?”

dan lain2 lagi la…
Jadi, harap kepada mereka yang bertanya tu berpuas hati dengan jawapan yg diberi..tapi kalau masih x puas hati,..tanya je banyak kali pon xpe.. :)
Pada 21 hb Oktober 2010, sekali lagi berita tentang Public Gold ada dalam akhbar tempatan.
Dengan cara ini saya rasa, Public gold nampak memang sangat serius untuk memajukan perniagaan mereka yang telah dengan jelas menunjukkan mereka ini bukan dari kalangan SKIM PELABURAN EMAS
Sebab ada juga soalan2 yang saya terima,

“Kalau saya beli Emas Public Gold ni bulan2 brapa dividen saya dapat?”

alamak, Sebenarnya saya ade cerita tentang macam mana nak bezakan SKIM pelaburan emas dengan perniagaan jual beli emas.
================================================================So kat sini saya nak bagi sedikit tips kepada pelabur emas.. saya x nak setiap pelabur-pelabur emas terpedaya dengan tipu helah skim cepat kaya. Berdasarkan keratan akhbar di atas:
1. sebelum melabur, pastikan syarikat tersebut benar-benar berdaftar dengan Bank Negara Malaysia
contohnya macam syarikat Public Fine Gold International Sdn Bhd

keratan akhbar harian metro : 22 Oktober 2009
Syarikat Public Gold ini sememangnya telah mendapat kelulusan dari pihak Bank Negara untuk jual beli emas di Malaysia. untuk maklumat lebih lanjut berkaitan syarikat ini, anda buleh rujuk public gold atau public dinar
2. Pastikan syarikat tersebut berdaftar dengan suruhanjaya syarikat malaysia (SSM)
3. Emas yang dijual adalah mengikut harga emas pasaran semasa dunia. Emas Public Gold (PG) adalah berdasarkan emas di www.kitco.com yang mana harganya adalah lebih rendah berbanding Federation of Goldsmiths and Jewellers Associations of Malaysia
4. Beli Emas, pastikan anda dapat emas tu..mana ade orang beli emas x dapat emas..kalau x dpt tu mmg sah kena tipu ler..
5. Pastu, bila da beli emas, jangan mudah kelabu mata..atau terpedaya dengan pulangan 1%..2% …3% (dividen) la..hish,..mana ade org beli emas dpt pulangan camtu..pelik pelik
6. Kalau nak jual balik emas tu..hishh mana ade sampai seminggu nak cek ketulenan emas tu..arghhhh pening-pening..padahal kejap je..x sampai 5 minit pun nak cek ketulenan emas tu..
7. Kenapa pulak nak kena bayaran tambahan kalau harga emas tu jatuh?
8. hah..tips ke 8 ni, abeh susah sangat..kalau nak tau lebih lanjut..Call je saya 019-7445856 (Izzudin)EJEN SAH PUBLIC GOLD,  x pun bleh skype saya Izzu2814
9. Last sekali..nak beli emas..beli la kat saya.. ;)

Jom beli emas !!

p/s: Doa saya..supaya anda smua tidak terpedaya dengan skim pelaburan EMAS cepat kaya..melabur la emas dengan cara yang betul..InsyaAllah anda pasti berjaya.Amin..
Akhir kata..selalu saya ingatkan..BELI EMAS..PASTIKAN ANDA DAPAT EMAS ANDA

Thursday, October 21, 2010

2 + 1= 3



Salam Sejahtera Kepada Pembaca Semua.

1.Tajuk 2+1=3 adalah satu cara atau teknik yang boleh digunakan bagi mereka yang ingin membeli dan melabur dalam Emas.
2.Cara ini dicadangkan bagi mereka yang memulakan pelaburan Emas ni dengan cara berdikit-dikit atau kecil-kecilan.
3.Caranya ialah:-
a-Beli 2 Ketul 20Gram Jongkong Emas Public Gold melalui Agen anda.
b-Kemudian Buat Gadaian/Pajakan 2 Ketul 20Gram Jongkong Emas yang anda beli tadi
di Agro Bank atau Koperasi(KPMJ).
Contohnya - 20Gram x 2Ketul = RM5800 (Nilai Marhum).
RM5800 x 65% = RM3770 (Nilai Gadaian/Pajakan)
c-Kemudian,dengan menggunakan duit dari hasil gadaian/pajakan tadi iaitu RM3770
anda beli lagi 1 Ketul 20Gram Jongkong Emas Public Gold dengan harga RM2900.
Lebihan duit dari pembelian ini anda simpan dalam ASB dan Emas tu anda simpan
Selama mungkin...huhu.
4.Ok...last sekali anda gunakan pendapatan dari Gaji atau perniagaan anda untuk menebus 2 Ketul 20Gram anda yang mula-mula tadi,samaada secara ansuran atau sekaligus.

#Jika Step 1 hingga 4 telah anda realitikan maknanya anda telah ada 3 Ketul 20Gram Jongkong Emas.2 Ketul dari duit anda dan 1 Ketul untung Bersih....

#Apa yang perlu anda buat ialah hanya ulangi langkah di atas untuk mengumpul dan menjana Untung semaksimum mungkin.

Selamat Mencuba...Sekian.

Wednesday, October 13, 2010

Kategori Orang Yang Membeli Emas.

Salam, melihat harga emas yang menunjukkan peningkatan secara mendadak pada awal bulan 10 ini, berbagai ragam yang dapat saya lihat dari pelabur pelabur emas.kita lihat kategori orang di bawah:
1. orang yang tidak melabur dalam emas.
    – tidak tahu menahu pun tentang kenaikan harga emas(Paling rugi)

2. Orang yang dah tahu tentang pelaburan emas.
    – dah tahu tapi tidak membeli emas ( sangat rugi )

3. orang yang dah membeli emas secara berdikit.
    – Kalau aku tahu harga emas naik banyak macam ni, aku beli banyak-banyak.( Rugi banyak )

4. Orang yang dah membeli emas
    -kalau aku tahu dulu aku beli berpuluh ribu.( rugi sikit )

5. orang yang membeli emas + ejen emas
    – sebab aku tahu la aku buat macam ini( berbaloi-baloi )

ANDA KATEGORI YANG NO BERAPA? FIKIR-FIKIRKAN LAH…………..
Kesimpulannya:
Orang tamak selalu untung………..anda bagaimana?

Wednesday, October 6, 2010

MANIPULASI EMAS

Tahukah anda..? Pelaburan emas yang terbaik adalah pelaburan emas fizikal. Ianya bermaksud seseorang itu membeli dan memegang emas samada dalam bentuk barang kemas / syiling emas / jongkong emas secara fizikal dan bukannya melabur dalam bentuk buku simpanan emas / sijil dsb. Pegangan emas secara fizikal bebas daripada unsur gharar iaitu unsur yang tidak jelas seperti mana yang ditegah dalam Islam. Beli emas maka anda dapat emas dan bukannya buku simpanan atau sijil.

PANDUAN ASAS PELABURAN EMAS

Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:
1. Syiling emas
2. Jongkong emas
3. Barang kemas
Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma SYILING EMAS dan JONGKONG EMAS boleh dikategorikan sebagai emas pelaburan. Ini kerana syiling emas dan jongkong emas sememangnya dibuat khusus untuk tujuan pelaburan.
Sebagai emas pelaburan, syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan seperti berikut:
1. Mudah dibawa
2. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
3. Mudah ditunaikan.
4. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (dipanggil spread)
5. Boleh digadaikan.

BARANG KEMAS bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25 % – 40%)
Jika anda hendak memaksimumkan keuntungan daripada pelaburan emas, jangan membeli barang kemas.
Tapi kalau nak memberikan hadiah kepada orang tersayang maka barang kemas adalah hadiah yang paling baik.

TEKNIK-TEKNIK MENJANA KEUNTUNGAN DENGAN EMAS
1. Beli emas fizikal dan pegang selama yang mungkin. (beli emas tiap-tiap bulan dan dapat purata harga)
2. Beli emas fizikal ketika harga rendah dan jual apabila harga tinggi.
3. Buat pinjaman semaksimum mungkin dan beli emas fizikal.
4. Menjana keuntungan dengan akaun simpanan GIA.(wang dari pajakkan beli emas GIA)
5. Membuat keuntungan dengan emas fizikal (menggunakan teknik pajak)
6. Melabur sambil berniaga emas.(menjadi dealer Public Gold)

UNTUK MAKLUMAT PELABURAN EMAS ATAU / TEKNIK JANA KEUNTUNGAN DENGAN EMAS / BERMINAT MENJADI DEALER PUBLIC GOLD DAN PUBLIC DINAR / INGIN MENJUAL BARANG KEMAS HUBUNGI / SMS ;019-7445856
Email : izzu6099@yahoo.com / izzu6099@gmail.com
Blog :karungemas999.blogspot.com