Antara pandangan orang ramai:
-Ramai individu yang mula-mula menjinakkan diri dalam pelaburan emas
bersikap tidak sabar dalam mengaut keuntungan. Mereka tidak seharusnya
bersikap sebegini rupa kerana setiap pelaburan atau perniagaan tidak
akan mendapat keuntungan dalam sekelip mata.
-Mungkin juga mempengaruhi soal keselamatan. Lebih ramai yang senang
dengan membawa wang kertas atau kad ATM daripada membawa emas. Tetapi
sebenarnya masih ramai individu yang tidak didedahkan dengan perbezaan
untung/rugi antara simpanan wang kertas atau emas.
-Faktor seterusnya adalah,pihak kerajaan sendiri tidak meyuntik
semangat atau idea penyimpanan emas kepada masyarakat.Kempen dan
seminar,baik di internet atau tempat awam dapat menyedarkan ramai orang
tentang pentingnya emas pada masa sekarang dan juga masa untuk depan.
- Selain itu, penyebab masyarakat di Malaysia kurang terlibat dalam
pelaburan emas ialah kurangnya pengetahuan orang ramai tentang sejarah
emas,wang kertas, kenapa harga emas naik/turun, dan sebab emas adalah
nilai pelaburan yang akan selalu bernilai di masa hadapan.
-Tidak dinafikan juga, ramai orang yang membeli emas hanya sebagai
hiasan semata-mata atau hadiah kepada orang lain. Apa yang perlu
dilakukan adalah menukarkan fikiran sebegini kepada pelaburan.
-Sikap sesetengah individu yang susah untuk menerima sesuatu yang
baru dan suka mendengar spekulasi yang tidak berasas dan kurang sifat
ingin tahu. Ia mengambil masa untuk menyemai pelaburan baru ini di sini.
-Ada juga yang berpendapat bahawa ramai orang seperti disihirkan
(bermaksud mata melihat, tapi hati dipejam). Sihir yang dikatakan adalah
bermaksud “sihir” ini ditiupkan menyebabkan orang ramai nampak wang
kertas yang dicetak 3-6 sen sekeping oleh kerajaan itu berharga daripada
nilai yang ada pada emas.
- Juga,kalau dilihat dari segi dasar kerajaan,perbandingan antara
dasar China dan Malaysia dalam menggalakkan rakyat memiliki dan
menyimpan emas. Jikalau kerajaan Malaysia memainkan peranan sebagaimana
kerajaan China,dasar buta huruf dalam pelaburan emas ini boleh
dikecilkan skalanya.
-Bukan setakat simpanan dan pelaburan emas sahaja masyarakat kita
terutamanya bangsa melayu agak ketinggalan.Secara umum.. Masyarakat kita
agak ketinggalan apabila ia melibatkan “simpanan”.. Baik dari segi
simpanan kertas tandas.. Apatah lagi simpanan emas.. Jauh sekali tentang
pelaburan… Masyarakat kita juga mudah terpengaruh dengan sentimen..
Contohnya.. Apabila ramai org mengatakan sesuatu produk itu baik dan
memberi pulangan yg kononya baik.. Maka, berduyun2 lah masyarakat kita
menyertainya.. Masyarakat kita lebih memntingkan isu sentimen berbanding
fakta sebenar.. Ini kita dapat perhatikan dengan pelbagai skim yg
disertai oleh ramai org.. Ditambah dengan penyakit ingin mendapat
pulangan cepat.. Akibat masyarakat kita yang takut utk mengambil risiko
juga menyebabkan mereka terlepas peluang menikmati keuntungan sebenar..
Dan rata rata pula, mereka mula menyimpan atau melabur pd saat pasaran
berada pd tahap tinggi.. Ini disebabkan sikap suka tunggu dan lihat yg
akhirnya menyebabkan mereka masuk pasaran pada waktu yg tidak sesuai.
Apakah Emas Fizikal? Emas fisikal ialah emas yang terdiri daripada barang kemas, syiling emas, jongkong emas dan juga emas yang telah dibentuk dalam pelbagai bentuk.
Wednesday, May 16, 2012
Harga emas menjunam
Minggu ni harga emas menjunam lagi. Berita baik buat pelabur emas, ini lah masa yang sangat sesuai untuk beli emas. Nak tunggu turun lagi?? boleh.. tapi tak jamin la akan turun lagi sekarang harga global USD 1561 1 oz. Support pivot sekarang ni adalah USD 1560. Kalau lah harga dia
akan turun lagi melepasi USD 1560, dijangka harganya akan turun pada
takat paling rendah pun USD 1520. Andai kata tak lepas USD 1560, maka ia
akan naik hingga USD 1665. Ini cuma jangkaan berdasarkan sejarah dah
kekuatan logam emas.
Perhatikan gambar di atas, garisan hijau adalah indicator menunjukkan harga emas. Macam mana dia turun, macam tu jugaklah dia akan naik. Jadi jangan tunggu lama-lama lagi kalau nak beli emas. beli dari sekarang. Harga sekarang dah sangat murah. Kalau tak bertindak sekarang nanti akan melopong sendiri.. . mana tau ini adalah penurunan yang terakhir sebelum harga emas akan terus melonjak hingga ke rahao maksimum USD 1975.
Perhatikan gambar di atas, garisan hijau adalah indicator menunjukkan harga emas. Macam mana dia turun, macam tu jugaklah dia akan naik. Jadi jangan tunggu lama-lama lagi kalau nak beli emas. beli dari sekarang. Harga sekarang dah sangat murah. Kalau tak bertindak sekarang nanti akan melopong sendiri.. . mana tau ini adalah penurunan yang terakhir sebelum harga emas akan terus melonjak hingga ke rahao maksimum USD 1975.
Subscribe to:
Posts (Atom)