Wednesday, October 27, 2010

Bagaimana Nak Bermula

Karungemas999 amat mengalu-alukan kesudian tuan / puan untuk menyertai rangkaian kami. Berikut ialah panduan untuk tuan / puan yang ingin menjadi sebahagian daripada keluarga kami.InsyaAllah kami akan membantu tuan / puan untuk sama-sama maju.
Bagaimana menyertai rangkaian Karungemas999.

AGEN :
Berikut ialah kaedah menjadi agen kami:

Kaedah Pertama ( Cepat ) :
1. Anda perlu menyediakan modal mengikut nilai harga emas semasa bagi membeli item-item berikut:
• 1 x 20gm Gold Bar (Harga emas semasa).
• 1 x 50gm Gold Bar (Harga emas semasa).
• 1 x 50gm Gold Coin (Harga emas semasa).
• 1 x 100gm Gold Bar (Harga emas semasa).
• 1 x 1 dinar (Harga emas semasa).
• 1 x 5 dinar (Harga emas semasa).
• 1 x 10 dinar (Harga emas semasa).
• 1 x kotak menyimpan emas (RM150).
• 1 x t-shirt Public Gold (RM30).
• 1 x DVD korporat Public Gold (RM30).
• 1 x buku korporat Public Gold (RM30).
1. Isi borang berikut Borang Pendaftaran Pengedar.
2. Fax borang tersebut bersama salinan kad pengenalan ke 04-6464916 (u.p: Cik Li Ching) atau Emel to liching@publicgold.com.my dan cc izzu6099@yahoo.com.
3. Maklum pada saya melalui 019-7445856 / izzu6099@yahoo.com
4. Tunggu sehingga terima sales order.
5. Buat pembayaran.

Kaedah Kedua ( Lambat ) :
1. Anda boleh membuat pembelian terkumpul.
2. Setelah pembelian anda mencapai nilai modal semasa, anda akan didaftarkan sebagai agen rangkaian kami.
• Isi borang berikut Borang Pelanggan.
• Fax borang tersebut bersama salinan kad pengenalan ke 04-6464916 (u.p: Cik Li Ching) atau emel ke liching@publicgold.com.my dan cc izzu6099@yahoo.com
• Maklum pada saya melalui 019-7445856 / izzu6099@yahoo.com

PELANGGAN / PEMBELI / PROMOTER
1. Daftar sebagai pelanggan / pembeli / promoter Public Gold rangkaian karungemas999.
• Isi borang berikut Borang Pelanggan.
• Fax borang tersebut bersama salinan kad pengenalan ke 04-6464916 (u.p: Cik Li Ching) atau emel to liching@publicgold.com.my dan cc izzu6099@yahoo.com
• Maklum pada saya melalui 019-7445856 / izzu6099@yahoo.com
1. Anda akan didaftar sebagai agen Public Gold rangkaian karungemas999 apabila pembelian anda telah mencapai nilai modal semasa agen Public Gold.

Saturday, October 23, 2010

Video Pelaburan Emas

Public Gold di Harian Metro

Assalamualaikum

Nampak nya emas Public Gold ni semakin tersebar..soklan2 yang saya terima bukan saja dari kawasan Utara Semenanjung tapi entah dari setiap pelusuk malaysia dan juga luar negara :)
Tapi diorang tu Orang Malaysia la..hehhe cuma dok kerja kat sana..
Apa2 pun saya nak ucap terima kasih sangat2 kerana terus memberi sokongan kepada saya dan blog ini..
Jadi, soalan2 dari anda semua memang sangat saya hargai..sebab dengan soalan2 dari anda dan komen2 dari anda la yang membolehkan saya menambahkbaikkan isi kandungan blog ini. Jadi, jangan malu2 nak tanya..tanya ja soklan apa pon berkaitan emas..insyaAllah saya akan menjawab soalan dari anda secepat mungkin.

antara soalan2 nya lebih kurang macam ni la..



  • “En Din, kalau beli emas Public Gold ni boleh untung tak?”



  • “Din, brapa harga minimum untuk beli emas Public gold??”



  • “Din, harga emas 1 dinar sekarang berapa?”



  • “Din, kalau beli emas nak jual setiap hujung bulan ok tak??”



  • “Brapa harga untuk jadi agen sekarang?”

dan lain2 lagi la…
Jadi, harap kepada mereka yang bertanya tu berpuas hati dengan jawapan yg diberi..tapi kalau masih x puas hati,..tanya je banyak kali pon xpe.. :)
Pada 21 hb Oktober 2010, sekali lagi berita tentang Public Gold ada dalam akhbar tempatan.
Dengan cara ini saya rasa, Public gold nampak memang sangat serius untuk memajukan perniagaan mereka yang telah dengan jelas menunjukkan mereka ini bukan dari kalangan SKIM PELABURAN EMAS
Sebab ada juga soalan2 yang saya terima,

“Kalau saya beli Emas Public Gold ni bulan2 brapa dividen saya dapat?”

alamak, Sebenarnya saya ade cerita tentang macam mana nak bezakan SKIM pelaburan emas dengan perniagaan jual beli emas.
================================================================So kat sini saya nak bagi sedikit tips kepada pelabur emas.. saya x nak setiap pelabur-pelabur emas terpedaya dengan tipu helah skim cepat kaya. Berdasarkan keratan akhbar di atas:
1. sebelum melabur, pastikan syarikat tersebut benar-benar berdaftar dengan Bank Negara Malaysia
contohnya macam syarikat Public Fine Gold International Sdn Bhd

keratan akhbar harian metro : 22 Oktober 2009
Syarikat Public Gold ini sememangnya telah mendapat kelulusan dari pihak Bank Negara untuk jual beli emas di Malaysia. untuk maklumat lebih lanjut berkaitan syarikat ini, anda buleh rujuk public gold atau public dinar
2. Pastikan syarikat tersebut berdaftar dengan suruhanjaya syarikat malaysia (SSM)
3. Emas yang dijual adalah mengikut harga emas pasaran semasa dunia. Emas Public Gold (PG) adalah berdasarkan emas di www.kitco.com yang mana harganya adalah lebih rendah berbanding Federation of Goldsmiths and Jewellers Associations of Malaysia
4. Beli Emas, pastikan anda dapat emas tu..mana ade orang beli emas x dapat emas..kalau x dpt tu mmg sah kena tipu ler..
5. Pastu, bila da beli emas, jangan mudah kelabu mata..atau terpedaya dengan pulangan 1%..2% …3% (dividen) la..hish,..mana ade org beli emas dpt pulangan camtu..pelik pelik
6. Kalau nak jual balik emas tu..hishh mana ade sampai seminggu nak cek ketulenan emas tu..arghhhh pening-pening..padahal kejap je..x sampai 5 minit pun nak cek ketulenan emas tu..
7. Kenapa pulak nak kena bayaran tambahan kalau harga emas tu jatuh?
8. hah..tips ke 8 ni, abeh susah sangat..kalau nak tau lebih lanjut..Call je saya 019-7445856 (Izzudin)EJEN SAH PUBLIC GOLD,  x pun bleh skype saya Izzu2814
9. Last sekali..nak beli emas..beli la kat saya.. ;)

Jom beli emas !!

p/s: Doa saya..supaya anda smua tidak terpedaya dengan skim pelaburan EMAS cepat kaya..melabur la emas dengan cara yang betul..InsyaAllah anda pasti berjaya.Amin..
Akhir kata..selalu saya ingatkan..BELI EMAS..PASTIKAN ANDA DAPAT EMAS ANDA

Thursday, October 21, 2010

2 + 1= 3



Salam Sejahtera Kepada Pembaca Semua.

1.Tajuk 2+1=3 adalah satu cara atau teknik yang boleh digunakan bagi mereka yang ingin membeli dan melabur dalam Emas.
2.Cara ini dicadangkan bagi mereka yang memulakan pelaburan Emas ni dengan cara berdikit-dikit atau kecil-kecilan.
3.Caranya ialah:-
a-Beli 2 Ketul 20Gram Jongkong Emas Public Gold melalui Agen anda.
b-Kemudian Buat Gadaian/Pajakan 2 Ketul 20Gram Jongkong Emas yang anda beli tadi
di Agro Bank atau Koperasi(KPMJ).
Contohnya - 20Gram x 2Ketul = RM5800 (Nilai Marhum).
RM5800 x 65% = RM3770 (Nilai Gadaian/Pajakan)
c-Kemudian,dengan menggunakan duit dari hasil gadaian/pajakan tadi iaitu RM3770
anda beli lagi 1 Ketul 20Gram Jongkong Emas Public Gold dengan harga RM2900.
Lebihan duit dari pembelian ini anda simpan dalam ASB dan Emas tu anda simpan
Selama mungkin...huhu.
4.Ok...last sekali anda gunakan pendapatan dari Gaji atau perniagaan anda untuk menebus 2 Ketul 20Gram anda yang mula-mula tadi,samaada secara ansuran atau sekaligus.

#Jika Step 1 hingga 4 telah anda realitikan maknanya anda telah ada 3 Ketul 20Gram Jongkong Emas.2 Ketul dari duit anda dan 1 Ketul untung Bersih....

#Apa yang perlu anda buat ialah hanya ulangi langkah di atas untuk mengumpul dan menjana Untung semaksimum mungkin.

Selamat Mencuba...Sekian.

Wednesday, October 13, 2010

Kategori Orang Yang Membeli Emas.

Salam, melihat harga emas yang menunjukkan peningkatan secara mendadak pada awal bulan 10 ini, berbagai ragam yang dapat saya lihat dari pelabur pelabur emas.kita lihat kategori orang di bawah:
1. orang yang tidak melabur dalam emas.
    – tidak tahu menahu pun tentang kenaikan harga emas(Paling rugi)

2. Orang yang dah tahu tentang pelaburan emas.
    – dah tahu tapi tidak membeli emas ( sangat rugi )

3. orang yang dah membeli emas secara berdikit.
    – Kalau aku tahu harga emas naik banyak macam ni, aku beli banyak-banyak.( Rugi banyak )

4. Orang yang dah membeli emas
    -kalau aku tahu dulu aku beli berpuluh ribu.( rugi sikit )

5. orang yang membeli emas + ejen emas
    – sebab aku tahu la aku buat macam ini( berbaloi-baloi )

ANDA KATEGORI YANG NO BERAPA? FIKIR-FIKIRKAN LAH…………..
Kesimpulannya:
Orang tamak selalu untung………..anda bagaimana?

Wednesday, October 6, 2010

MANIPULASI EMAS

Tahukah anda..? Pelaburan emas yang terbaik adalah pelaburan emas fizikal. Ianya bermaksud seseorang itu membeli dan memegang emas samada dalam bentuk barang kemas / syiling emas / jongkong emas secara fizikal dan bukannya melabur dalam bentuk buku simpanan emas / sijil dsb. Pegangan emas secara fizikal bebas daripada unsur gharar iaitu unsur yang tidak jelas seperti mana yang ditegah dalam Islam. Beli emas maka anda dapat emas dan bukannya buku simpanan atau sijil.

PANDUAN ASAS PELABURAN EMAS

Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:
1. Syiling emas
2. Jongkong emas
3. Barang kemas
Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma SYILING EMAS dan JONGKONG EMAS boleh dikategorikan sebagai emas pelaburan. Ini kerana syiling emas dan jongkong emas sememangnya dibuat khusus untuk tujuan pelaburan.
Sebagai emas pelaburan, syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan seperti berikut:
1. Mudah dibawa
2. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
3. Mudah ditunaikan.
4. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (dipanggil spread)
5. Boleh digadaikan.

BARANG KEMAS bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25 % – 40%)
Jika anda hendak memaksimumkan keuntungan daripada pelaburan emas, jangan membeli barang kemas.
Tapi kalau nak memberikan hadiah kepada orang tersayang maka barang kemas adalah hadiah yang paling baik.

TEKNIK-TEKNIK MENJANA KEUNTUNGAN DENGAN EMAS
1. Beli emas fizikal dan pegang selama yang mungkin. (beli emas tiap-tiap bulan dan dapat purata harga)
2. Beli emas fizikal ketika harga rendah dan jual apabila harga tinggi.
3. Buat pinjaman semaksimum mungkin dan beli emas fizikal.
4. Menjana keuntungan dengan akaun simpanan GIA.(wang dari pajakkan beli emas GIA)
5. Membuat keuntungan dengan emas fizikal (menggunakan teknik pajak)
6. Melabur sambil berniaga emas.(menjadi dealer Public Gold)

UNTUK MAKLUMAT PELABURAN EMAS ATAU / TEKNIK JANA KEUNTUNGAN DENGAN EMAS / BERMINAT MENJADI DEALER PUBLIC GOLD DAN PUBLIC DINAR / INGIN MENJUAL BARANG KEMAS HUBUNGI / SMS ;019-7445856
Email : izzu6099@yahoo.com / izzu6099@gmail.com
Blog :karungemas999.blogspot.com