Wednesday, October 6, 2010

PANDUAN ASAS PELABURAN EMAS

Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:
1. Syiling emas
2. Jongkong emas
3. Barang kemas
Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma SYILING EMAS dan JONGKONG EMAS boleh dikategorikan sebagai emas pelaburan. Ini kerana syiling emas dan jongkong emas sememangnya dibuat khusus untuk tujuan pelaburan.
Sebagai emas pelaburan, syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan seperti berikut:
1. Mudah dibawa
2. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
3. Mudah ditunaikan.
4. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (dipanggil spread)
5. Boleh digadaikan.

BARANG KEMAS bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25 % – 40%)
Jika anda hendak memaksimumkan keuntungan daripada pelaburan emas, jangan membeli barang kemas.
Tapi kalau nak memberikan hadiah kepada orang tersayang maka barang kemas adalah hadiah yang paling baik.

TEKNIK-TEKNIK MENJANA KEUNTUNGAN DENGAN EMAS
1. Beli emas fizikal dan pegang selama yang mungkin. (beli emas tiap-tiap bulan dan dapat purata harga)
2. Beli emas fizikal ketika harga rendah dan jual apabila harga tinggi.
3. Buat pinjaman semaksimum mungkin dan beli emas fizikal.
4. Menjana keuntungan dengan akaun simpanan GIA.(wang dari pajakkan beli emas GIA)
5. Membuat keuntungan dengan emas fizikal (menggunakan teknik pajak)
6. Melabur sambil berniaga emas.(menjadi dealer Public Gold)

UNTUK MAKLUMAT PELABURAN EMAS ATAU / TEKNIK JANA KEUNTUNGAN DENGAN EMAS / BERMINAT MENJADI DEALER PUBLIC GOLD DAN PUBLIC DINAR / INGIN MENJUAL BARANG KEMAS HUBUNGI / SMS ;019-7445856
Email : izzu6099@yahoo.com / izzu6099@gmail.com
Blog :karungemas999.blogspot.com

No comments:

Post a Comment