Friday, January 7, 2011

KEUNTUNGAN MEMEGANG EMAS FIZIKAL 2010.

Salam buat semua.
Hari ini saya mahu berkongsi satu pengetahuan pelaburan emas fizikal yang menguntungkan.Disini saya membuat analisis ringkas keuntungan dengan memegang emas secara fizikal. Data & angka ini saya petik drp semakan harga syiling emas BNM bagi tarikh 4 Januari 2010 dengan 30 Disember 2010.
4 Januari 2010 harga per OZ ialah RM 3902. (3902/28.35= RM 137.63/gram)
30 Disember 2010 harga per OZ ialah RM 4624. (4624/28.35=RM 163.10/gram)

Katakan,
jika pada awal tahun 2010 anda memiliki jongkong emas 20g 5 unit pada hrg diatas maka nilainya adalah RM 13,763. (RM137.63 x 20gram x 5 unit)

Nilai jongkong emas dengan unit yg sama iaitu 20g 5 unit pada 30 Disember 2010 adalah RM 16,310. (RM 163.10 x 20gram x 5 unit)

* anggaran keuntungan / kenaikan nilai emas adalah 20% setahun.
Keuntungan bersih = RM 16,310 - RM 13,763 = RM 2,547

Amanah saham jika nilainya RM 13,763 x 8% setahun = RM 1,101.04

Kesimpulannya, pelaburan emas sgt menguntungkan bbanding mana2 saham amanah.

No comments:

Post a Comment